TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 57)
Short Trip
Pelbagai negara yang saya perlu terbang kerana urusan kerja. Saya tidak banyak terbang untuk urusan cuti. Antara beberapa negara yang saya selau terbang & hanya memberi masa kurang dari 5 jam adalah Bahrain, Oman & Qatar. Ini kerana saya lebih suka kembali semula ke Dubai apabila selesai semua kerja.
'Perjalanan balik hari' ini memang seronok & menjadi kebiasaan. Malah, kadang2 saya sempat hadir sebuah mesyuarat di awal pagi di Dubai & sebuah mesyuarat di Muscat di sebelah petang dan menaiki kapalterbang pulang semula ke Dubai sekitar jam 7 atau 9 malam.
Pernah juga saya terbang ke Muscat jam 7 pagi dari Dubai bagi mesyuarat jam 8.30 pagi dan sempat balik ke Dubai dengan pesawat yamg sama jam 11 pagi. Ia juga kerap berlaku dalam sektor Kuala Lumpur- Singapura-Kuala Lumpur. Kadang2 paramugari & paramugara hairan melihat saya kembali semula ke atas pesawat. Sekejap tadi, saya datang bersama mereka & sekarang pulang ke destinasi asal bersama mereka. Saya juga suka jadual sebegini kerana pengurusan masa yang lebih baik.
Masalah utama kalau pesawat lewat atau delayed. Ataupun jalanraya jamned luar biasa. Ia pernah berlaku tetapi selalunya misi ini berjaya. Masalah kedua ialah makanan jadi tak menentu. Makan apa sahaja sekadar lapik perut.
Satu lagi hiburan bila selalu terbang menghadiri mesyuarat Syariah ialah dapat bersama dengan tokoh2 ilmuan Syariah dalam kewangan Islam. Memang mesyuarat selama 2-3 jam menarik tetapi perbincangan & maklumat sampingan atau buku2 terbaru banyak membuka minda. Lagipun, mensyuarat dalam bilik yang kecil menjadikan suasana persahabatan lebih intim.
Foto dalam post ini adalah bersama Sheikh Dr Ali al-Qaradaghi (Qatar) & Sheikh Nizam Yaaqubi (Bahrain) dalam sebuah mesyuarat di Bahrain bagi sebuah bank Islam. Mesyuarat ini selalunya bermula jam 1 tenghari & berakhir jam 3 petang. Selepas mesyuarat, saya & Sheikh al-Qaradaghi akan bersama2 dalam sebuah kereta menuju lapangan terbang. Kami juga bersama berehat sekejap di lounge selama 30-45 minit sebelum beliau terbang ke Doha jam 5 petang & saya ke Dubai jam 6 petang.
Inilah rutin kehidupan saya dalam short trip.
#terbangbersamamdb
MDB